April 11, 2013

Its My BirthDay !

                Happy Birthday To Me , Happy Birthday To Me , Happy Birthday To Hanin Nabila , Happy Birthday To Me :)

Sebenarnye , Beday Nabila dah lepas . 10 APRIL haritu . Tapi , Sekarang baru berkesempatan nak buka bog . So , tak salahkan kalau baru nak post rini ?
Thank you kepada Mama Nabila .. Pada Subuh yang hening , Waktu yang seakan - akan terhenti .. Tergesa -2 bertolak ke hospital untuk melahirkan seoarang puteri Mama dan Abah ynag bakal menjadi Muslimah Mujahidah yang bakal menegakkan agama Islam di mata duni .. Tunggu mama , abah .. Jasa antum akan Nabila balas suatu hari nanti . InsyaAllah ., Semoga Nabila dipanjangkan umur .. Kawan -2 semua tolong lah doakan Nabila menjadi insan rabbani dan menjadi anak yang solehah . Amiin :) Okk . bye semua . Assalamualaikum !



Hanin Nabila Binti Ali Badron , 12 
Birthday Girl !

Sentiasa BerTAHMID PadaMu :)

     Alhmadulillah .. Tadi pagi bangun tidur ucap ALHAMDULILLAH tak ? Jangan sampai masuk liang lahad baru tau nak bersyukur ..  Ingat, apa jua nikmat yang Allah kurnikan kepada kita . Jangan lupa ucap Alhamdulillah .. Adakah kita bersyukur dengan apa yang Allah beri ? Atau kita hanya menggunakan nikmatNya dengan rakus dan tidak membalas budi dengan hanya mengucapkan Alhamdulillah . Tak susah .. lembutkan bibir anda dan gerakkannya untuk mengucapkan kalimah diatas . Tetapi , ada tajuk lain yang Nabila nak kaitkan dengan kalimah Alhamdu-lillah ini ..

          Alhamdulillah .. Alhamdulillah .. Alhamdulillah .. sebab apa ? Sebab Allah dah takdirkan Nabila untuk seorang insan yang mampu menjadi sahabat ana .. Sehingga sekarang .. Persahabatan kami masih bertahan ..  Dia begitu ambil berat tentang persahabatan kami . Alhmdulillah . Terima Kasih Ya ALLAH !

Hanin Nabila Nananana .

April 6, 2013

Ikhlas dari hati,Hanya untukmu ♥♥♥





Teman,
Dengar apa yang aku katakan ini,
---------------------------------
Mungkin aku pernah berkata "Aku bisa hidup tanpamu",
Namun,itu hanya sekadar bicara yang keluar dari bibirku,
Mungkin juga aku pernah berkata"Ada yang lebih baik daripadamu"
Namun,Sehingga kini aku tidak pernah berjumpa insan sebegitu,

Jujurnya aku berkata aku berasa selesa dengan mu,
Apabila aku cuba untuk jauh daripadamu,
Aku seakan-akan tidak tahu kemana hala tuju ku,
Mungkin kadang-kala aku berasa rimas dan benci padamu,
Tetapi pada masa itu juga mungkin engkau sahaja yang bisa melindungiku,

Aku memang sukar untuk mengeluarkan kata-kata sebegini,
Namun apabila hati berkata dalam hati ini ada isi,
Terus jari jemariku menekan butang di keyboard dengan laju tanpa berhenti,

Mungkin ada yang berkata "Muka kamu berdua nak dekat serupa la..."
Namun apabila kita bersemuka tiada satu pun yang sama,
Aku melihat hidungmu,dan engkau melihat hidungku,agak keliru juga,
Namun,nak buat bagaimana,memang dah takdir kita berdua ^^

Lebih banyak lagi isi hati yang ingin ku kupas dan lepasakan,
Namun hati ini berkata"sudahla,jangan banyak menekan"
Aku hanya bisa menulis entry apabila aku betul-betul bersedia menekan,
Ayat yang indah untukmu,itulah yang aku mahukan ^^

Ikhlas coretan hati dari:Ainur Si Izzati ♥


April 5, 2013

Past is PAST :)

Past is past .. Jangan ingat lagi benda yang dah dilalui .. Buka buku baru .. 

March 14, 2013

Sahabat ~ Kawan ~ Teman !



Jangan Kenal Sahabat Kita Time Susah Jer . Time Senang Kita Cari Orang Lain . Sayang Ainur Izzati !





Sahabat Bukan Di Dunia Aje . Sahabat Tu Akan Teman Kita Sampai Syurga . So , Kita Ajaklah Kawan Kita Duduk Dalam Syurga Sekali Dengan Kita . Macam Mana Caranya ? Jom Kita Fikir .


Ma'assalamah ! Ilalliqa ' .
;
Hanin Nabila Binti Ali Badron :D

Hari Jumaat !

Hye Semua ? Macam mana harini ? Sehat . Semoga kita sentiasa dalam peliharaanNya . InsyaAllah ; Harini hari jumaat .. Penghulu segala hari . Sapa yang kuku panjang berjela tu . Potong la .. Harini kan sunat untuk memotong kuku .. Apa lagi eh hari terbesar yang berlaku pada hari Jumaat ? Haaa . Betol ! Hari Kiamat la kan .. Semoga kita sentiasa memuhasabah diri kita ke arah yang lebih baik .. Takkan nak tunggu kiamat baru nak solat .. Malaikat Israfil takkan tunggu kita bersedia untuk tiup sangkakala .. Sorry la blogger ; Hannur Naiz lama tak post . Pasal Ahad , Isnin , Rabu , Khamis , Jumaat , Sabtu .. Setiap hari kena balik lambat pasal tuisyen . Sampaikan Jumaat Sabtu pon ada .. Memang nanti keputusan UPSR akan meleTOP lah kot . InsyaAllah . Aitt , dah masuk bab lain ni . Ok lah . Kita chau dulu . Assalamualaikum **

@Hana#

March 7, 2013

Maths sebahagian dari kitaa :P

Tahu tak ? Tadi HanNur Naiz baru lepas melalui Ujian 1 Mathematics . Kertas 2 sangatsangat senang . Tapi kertas 1 Ya Allah .. Masa tak cukoop ! Hanya Allah yang tahu :D
                    Decimals , Mix operation , Fractions .. Memang susah , nak kira sampai tak cukup tangan . Tapi tau tak apa yang senang ? Kita mesti senang sangat nak kira berapa kali sahabat kita terluka dengan kita , berapa kali sahabat kita nangis dan cemburu pada kita .. Jangan ambik ringan terhadap Persahabatan + Mathematics .

=HanaB%